TABUNG SYRIA
BANTUAN GEMPA BUMI TURKIYE – SYRIA bertujuan untuk membantu
warga Turkiye dan Syria yang ketika ini berhadapan dengan bencana gempa bumi
dengan kekuatan 7.8 skala richter. Bencana ini memusnahkan ribuan bangunan dan
infrastrukur dan tidak terkecuali ribuan kehilangan nyawa akibat bencana ini. Bantuan
yang akan disalurkan termasuk Khemah, Kotak Makanan, Bantuan Klinikal, Pemanas
dan Kerosin.
Dalam masa yang sama, makanan panas juga disediakan di
tempat-tempat yang kritikal dan susah untuk mereka memasak disebabkan
kelengkapan yang kurang dan penempatan khemah pelarian yang padat.
Aman Palestin menyeru kepada seluruh masyarakat untuk
bersama-sama menghulurkan bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan di
Turkiye dan Syria. Dengan setiap sumbangan anda sudah pasti memberi ruang
mereka yang kesusahan menarik nafas lega dalam mendapatkan bekalan asas buat
mereka dan keluarga.
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
Penyertaan
Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.
Sumbangan Bulanan
Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.