Tabung Perwira Covid-19

PALESTIN KITA BANTU, MALAYSIA TIDAK KITA LUPAKAN

Kes wabak Covid-19 semakin meningkat dan dianggarkan lebih 800 ribu individu kehilangan pekerjaan di seluruh negara dan ini memberi kesan kepada kelangsungan hidup mereka.

Justeru, Aman Palestin telah mewujudkan TABUNG PERWIRA COVID-19 bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat malaysia yang benar-benar memerlukan dari kalangan frontliner, golongan B40 dan asnaf miskin yang terjejas.

Sejak tahun 2020, dengan kerjasama Kelab Perwira dan pihak berwajib tempatan Aman Palestin telah menghulurkan bantuan berjumlah hampir RM1.5 juta merangkumi bantuan berbentuk :

  1. a) Alatan Perubatan untuk petugas barisan hadapan di hospital dan klinik kesihatan seperti di JKN Negeri Sembilan, JKN Kedah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Hospital Sultanah Nora Ismail dan banyak lagi. Antara alatannya ialah katil pesakit, kerusi roda, hand sanitizer, topeng muka, thermoscan dan thermometer, mesin ECG, defibrillator, pulse oximeter dan lain-lain.
  2. b) Keperluan Asas & Wang Tunai kepada keluarga asnaf miskin seperti beras, telur, tepung, minyak, gula, garam dan lain-lain keperluan dapur. Lebih 5,000 keluarga telah mendapat manfaat daripada bantuan ini sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Bantuan kepada JKN Kedah https://www.youtube.com/watch?v=qf9FgIgBULg

Penghargaan buat penyumbang https://youtu.be/iT4Un_vyiHY

Ayuh kita menjadi sebahagian dari orang yang memperoleh pertolongan Allah di akhirat kelak asbab bantuan yang kita berikan kepada saudara yang memerlukan di dunia ini.

Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya kesusahan pada hari akhirat.” (HR Muslim)

Seikhlas Hati, Semampu Diri, Kita Bantu Kita

Sumbangan

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.