Ramadan Bersama

Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.
-Riwayat Al-Bukhari (3554)-

Penerangan tentang Kempen

Kempen Ramadan Bersama adalah sebuah kempen bantuan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada umat Islam untuk beramal dengan amalan terbaik khususnya dalam bulan Ramadan. Kempen ini dijalankan bagi memberi fokus dan bantuan keperluan harian kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman yang ditindas bagi menghadapi bulan Ramadan. Dengan peluang dan ruang bantuan melalui kempen ini, kita salurkan keperluan justeru dapat memberi keringanan dan menerbitkan rasa kegembiraan dalam jiwa-jiwa mereka dengan datangnya bantuan daripada umat Islam.

Jenis bantuan yang akan disalurkan adalah seperti berikut:

Tajaan Iftar
(Berbuka Puasa)
Cabaran Sedekah Subuh (Bantuan Ibu Tunggal)
Hadiah Raya (Bantuan Anak Yatim)
Tabung Ramadhan Kareem (Kotak Makanan)
Pahala 1000 Bulan (Projek Baik Pulih Masjidil Aqsa)

Saban tahun kita akan menyambut Ramadan yang mulia. Begitu juga saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman. Namun, apa yang membimbangkan mereka adalah dari manakah sumber makanan untuk bersahur dan berbuka. Di rumah, ada beberapa perut yang perlu diisi. Anak-anak masih kecil dan kebanyakan mereka merupakan ibu tunggal yang menanggung keperluan keluarga sendirian.

Pada akhir Ramadan Mei tahun 2021, kita dikejutkan dengan tragedi berdarah yang dahsyat iaitu di Al-Quds semasa umat Islam seluruh dunia meraikan Ramadan. Serangan tersebut telah menyebabkan lebih 1000 keluarga yang terjejas dan mereka kehilangan tempat tinggal serta ahli keluarga. Apa yang lebih menyedihkan adalah bekalan makanan mereka terputus dan para pelarian Syria di Lubnan pula mengalami tekanan kos kehidupan yang amat tinggi.

Salah seorang ibu tunggal di Palestin mengadu tentang kesukaran mereka untuk membeli makanan asas disebabkan faktor kemiskinan yang melampau. Di Syria juga, seorang wanita yang telah kehilangan suaminya berasa amat sedih apabila tidak mampu membeli walaupun sebiji epal buat anaknya.

“Di Palestin sahaja, terdapat lebih 1 Juta penduduk yang dilaporkan sebagai miskin tegar. Di Yaman pula, 24 juta penduduk mengalami kebuluran paling teruk dalam sejarah 100 tahun. Kedua-dua laporan dicatatkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2021 dan 2020.”

 

Adakah kita hanya mampu melihat sahaja?

RAMADAN BERSAMA adalah satu kempen khas bulan Ramadan untuk kita bersama membantu mereka yang benar-benar memerlukan dalam persiapan mereka meraikan Ramadan Al-Mubarak dan menyambut Aidilfitri.

Setiap sedekah yang kita berikan di bulan Ramadan, gandaan pahala dan kebaikannya berlipat kali ganda dan sangat luar biasa yang hanya Allah mampu memberikannya.

Bantuan difokuskan kepada:

– Sahur dan Berbuka

– Kotak Makanan

– Program Imarah Ramadan (pembiyaan halaqah ilmu, tenaga pengajar, pembersihan masjid)

– Hadiah Raya

Hadiah Ramadan (Kotak Makanan untuk rakyat Malaysia yang memerlukan)

Tabung Ramadan Kareem (umum)

Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadan.” (HR At-Tirmizi)

Semoga Allah SWT meluaskan rezeki kita dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

  •  

Sumbangan Sekali

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.