Ibadah Korban Di Bumi Anbia

Peluang dan ruang kepada seluruh masyarakat untuk merasai pengalaman melaksanakan ibadah korban di luar negara, bumi para nabi. Dalam masa yang sama, para peserta dapat memberi manfaat kepada mereka yang sangat memerlukan di Palestin, Syria dan Yaman. Ada di antara mereka yang mungkin hanya merasai nikmat daging setahun sekali iaitu pada bulan korban yang dinanti-nantikan.

KORBAN DI PALESTIN ATAU SYRIA
a) 1 bahagian lembu atau 1 ekor kambing RM 1,900
b) 1 ekor lembu RM 13,300
c) Berat purata seekor lembu 600 kg, manakala seekor kambing 70 kg

Nota: Haiwan korban akan disembelih di bumi syam yang diberkati, Palestin dan Syria. Kemudian terus diagihkan kepada saudara kita yang memerlukan di sana pada hari Eidul Adha. Pahala terbaik untuk pengorbanan yang tertinggi.

KORBAN SEJUK BEKU
a) 1 bahagian lembu RM 550
b) 1 ekor lembu RM 3,850
c) Berat purata seekor lembu 300 kg

Nota: Korban dilakukan pada hari Tasyrik (11-13 Zulhijjah) di Brazil atau India. Daging korban tersebut akan diproses dan disejuk bekukan, kemudian dihantar ke Palestin dan Syria (jangkaan masa 2-4 bulan).

KORBAN DI YAMAN
a) 1 bahagian lembu atau 1 ekor kambing RM 600
b) 1 ekor lembu RM 4,200
c) Berat purata seekor lembu 400 kg, manakala seekor kambing 40 kg

SEDEKAH KORBAN
Sedekah serendah RM 50 atau seikhlas hati di mana sumbangan akan dikumpulkan dan digunakan untuk membeli haiwan korban sekiranya tidak ramai penyertaan korban. Walaupun Sedekah Korban ini bukan seperti ibadah korban 1 bahagian lembu dan 1 ekor kambing, namun pahala sedekah akan tetap diperolehi.

REBUT 7 KELEBIHAN
1. Pahala ibadah korban
2. Pahala jihad fisabilillah
3. Pahala menyantuni anak yatim para syuhada
4. Menzahirkan rasa syukur kepada Allah
5. Pahala memakmurkan Masjid Al-Aqsa
6. Pahala menyantuni para penghafal Al-Quran
7. Pahala berkorban di bumi para Anbia iaitu Palestin, Syria dan Yaman

Dari Abu Hurairah ra: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang memiliki kelapangan tapi tidak menyembelih korban, janganlah mendekati tempat solat kami.” (HR Ahmad & Ibnu Majah)

Penyertaan

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.