Korban di Bumi Anbia adalah salah satu projek bantuan utama Aman Palestin untuk disalurkan kepada saudara Islam kita di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman yang memerlukan serta layak menerima bantuan daging korban.
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”
RIWAYAT TIRMIZI
IBNU MAJAH DAN HAKIM
Aman Palestin berpengalaman lebih 16 tahun menjalankan ibadah korban di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman. Daging korban akan diagihkan kepada rakyat miskin dan mangsa peperangan di Bumi Anbia.
Laksanakan tuntutan korban kepada yang memerlukan di Bumi Anbia dengan yakin tanpa rasa ragu-ragu.
Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.
Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.