HADIAH RAYA​​

PENGENALAN 

Saham pelaburan Akhirat merupakan bentuk sumbangan wakaf yang khusus bagi membantu pembinaan beberapa projek yang dijalankan. Antaranya ialah projek baikpulih Masjid al-Aqsa, baikpulih rumah di Baitul Maqdis dan pembinaan telaga air bersih di Syria.

1.PROJEK PEMBINAAN TELAGA AIR BERSIH DI JARABLUS, SYRIA

SASARAN : RM 2,250,000 juta di perlukan !

Projek wakaf ini membekalkan air bersih dimana air akan diambil dari Sungai Furat dan diproses. Kemudian barulah disalurkan kepada penduduk, tanaman dan ternakan di Jarablus Syria.

Untuk makluman tambahan, ini merupakan projek keempat pembekalan air di Syria.

Kejayaan 3 buah Projek Telaga dan Tangki Air sebelum ini

 2. PROJEK BAIK PULIH RUMAH DI BAITUL MAQDIS

SASARAN : 50 buah rumah  | RM 2,100,000 juta di perlukan !

Projek baik pulih ini antara projek yang telah dijalankan sejak beberapa bulan lalu. Ia dibuat bagi membantu penduduk miskin di sekitar Baitul Maqdis yang kurang berkemampuan.

3. PROJEK BAIK PULIH MASJID AL-AQSA

SASARAN : RM450,000

Pada 15 April 2022, Masjid Al-Aqsa telah diceroboh ketika umat Islam menunaikan solat tarawih. Terdapat sekurang-kurangnya 60 penduduk Palestin yang tercedera dalam peristiwa tersebut. Menurut laporan pasukan Bulan Sabit Merah Palestin, majoriti mangsa yang tercedera adalah kesan daripada peluru getah yang dilepaskan, dan gas pemedih mata daripada tentera penyerang. Ekoran dari pencerobohan tersebut, mereka telah merosakkan & mengotorkan sebahagian dari Masjid al- Aqsa.

 Antara bentuk projek baikpulih yang sedang diusahakan oleh pihak Aman Palestin adalah:

1. Mesin Pam Air: Untuk pembersihan bangunan & perkarangan Masjid al- Aqsa

2. Peti Sejuk & Mesin Air: Untuk agihan air sejuk di sekitar Masjid al-Aqsa

3. Baik pulih pintu, jubin serta ruangan wuduk di Masjid al- Aqsa

 

KEJAYAAN AMAN PALESTIN DALAM PROJEK WAKAF


1.  MASJID IMAM AS SHAFIE, GAZA – USD 2.8 juta

2.  SEKOLAH TAHFIZ MALAYSIA-GAZA – USD 1.7 juta
 
3.  SEKOLAH ANAK YATIM DAR EL-FADEELAH – USD 470,250    
 
 

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim)