FIDYAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH

Penerangan Kempen 

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Hukum Membayar Fidyah

Allah SWT berfirman: 

Maksudnya: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Berdasarkan ayat al-Quran ini amat jelas bagi setiap umat Islam yang telah meninggalkan puasa Ramadan dengan sebab sengaja ataupun tidak hendaklah menggantikan puasanya. Namun, bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa tersebut, mereka wajib membayar fidyah.

Mengapa Perlu Membayar Fidyah di Palestin?

Antara sebab mengapa perlu membayar fidyah bersama Bumi Syam (Palestin dan Syria) dan Yaman kerana Bumi Syam dan Yaman merupakan bumi barakah yang didoakan oleh Nabi SAW.

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: ”Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Syam kami, Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Yaman kami.” (HR Al-Bukhari)

Situasi Yang Mewajibkan Membayar Fidyah

 

“Kira-kira 53.4 juta orang menghadapi kebuluran di negara dan kawasan yang terjejas akibat konflik, yang lebih enam kali lebih tinggi daripada di negara bukan konflik,” kata Penolong Pengarah FAO, Abdulhakim Elwaer. “

 

Saat Gembira

Tahun 2021 menjadi saat yang sangat gembira buat Palestin,Syria dan Yaman apabila menerima agihan fidyah menerusi projek ‘Bread For Love’