Sejak 7 Oktober 2023, Gaza mula diserang dengan peluru berpandu Rejim Israel yang menyebabkan puluhan ribu kediaman rakyat Gaza musnah. Sehingga ke hari ini masih tiada tanda bahawa perang akan berakhir?

Apakah yang menyebabkan Negara Haram Israel tidak berhenti menyerang Palestin?

▶️ Ingin Palestin hilang daripada dunia

▶️ Ingin melaksanakan normalisasi dengan negara-negara sekitar

▶️ Ingin Israel diterima kewujudannya

▶️ Ingin meruntuhkan institusi Islam dan merampas Masjid Al-Aqsa

 

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

– Surah Al-Anfal : 60 –

Bantuan Kecemasan Palestin kali ini bertujuan untuk membantu saudara kita di Palestin yang amat memerlukan bantuan untuk mereka terus bertahan dalam serangan-serangan yang dilancarkan ke atas mereka.

Dengan bantuan ini, kita sedaya upaya membantu golongan Murabitun, Keluarga Syuhada dan Keluarga Miskin dalam bentuk:

Makanan

Infrastruktur

Tempat Tinggal

Perubatan

Bagaimanakah dengan sumbangan yang kita berikan ini mampu memberikan harapan untuk mereka di Gaza?

▶️ Setiap sumbangan yang diberikan memberi ruang rakyat Gaza untuk menarik nafas lega kerana ada yang membantu mereka

▶️ Mereka mampu untuk mendapatkan semula kekuatan membina semula Gaza dan Palestin

▶️ Mereka dapat menjamin kehidupan mereka di sana dan terus bersemangat dalam mempertahankan Palestin 

Kemaskini Bantuan Kecemasan Taufan Al-Aqsa

Bantuan Kecemasan Palestin yang pertama berjaya dihantar bermula 10 Oktober 2023 bulan lalu di sekitar Gaza SEBANYAK USD100,000 yang diagihkan dalam bentuk Bantuan Klinikal dan Bantuan Keperluan Asas. Agihan ini memberi manfaat kepada 8,000 orang warga Gaza yang kini berhadapan dengan ancaman serangan Tentera Rejim Israel!

Pada 10 November 2023, Aman Palestin berjaya menyalurkan bantuan hasil sumbangan para penyumbang SEBANYAK RM2,585,000 (USD 550,000) yang berbentuk Bantuan Kewangan, Makanan Panas, Perubatan dan 2 buah ambulans di Hospital Al-Syifa’!